Your shopping cart is empty!
RM $
Welcome visitor you can login or create an account.

Mengenai kami

Sri Saujana Marketing merupakan sebuah syarikat milik seorang pengusaha yang gigih iaitu Encik Rosli Bin Omar.  Syarikat ini didaftarkan pada 16 hb Disember 2002 di alamat No. 2-19, Saujana Ria Apartment, Jalan 2/6, Taman Wangsa Permai, 52200 Kepong, Kuala Lumpur.
 
Sebelum menubuhkan Sri Saujana Marketing, Encik Rosli Omar pernah bekerja sebagai Pegawai Pemasaran  selama  15 tahun di beberapa syarikat penerbitan buku. Antaranya ialah Syarikat Pustaka Pertiwi, Dasar Padu Sdn Bhd, Galeri Watikah, Albaz Publisher, dan Usnie Publisher. Dari syarikat –syarikat inilah beliau telah menimba banyak pengalaman dalam bidang penerbitan dan pemasaran.
 
Apabila berjaya mendapat pengalaman yang banyak dalam bidang ini. Maka Encik Rosli Omar berminat hendak membuka perniagaan sendiri pada tahun 2003.   Dengan itu syarikat telah membuat pengedaran buku-buku ke seluruh kedai di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  Buku buku yang telah diedarkan adalah buku-buku keluaran syarikat penerbitan seperti Pustaka Haji Abdul Majid, Usnie Publisher, Albaz Publisher, Telaga Biru Sdn. Bhd, Metro Book, Al-Falah Publisher, Pustaka Azhar, Pustaka Al-Syafa, PTS, Kemilau Publika dan banyak lagi.

Bermula dari situ, syarikat telah  menyewa sebuah kedai di Taman Wilayah Selayang  selama 2 tahun.  Kemudian berpindah ke  Taman Wangsa Permai, Kepong selama 2 tahun. Berpindah lagi di Batu Caves Centre Point selama 3 tahun. Pada tahun 2010 syarikat telah berpindah ke lokasi yang lebih selesa iaitu di Prima Sri Gombak, , 68100  Batu Caves, Selangor. Pada tahun 2013 pula, syarikat telah berpindah ke Lot 35, Kompleks Kilang SME Bank Batu Caves, Jalan SBC 6, Taman Sri Batu Caves, Selangor sehingga kini.
 

Back to Top
Loading...
Loading...
Loading...